Friday 18 August 2017

Bad Genius and Myeongdong Toppokki

Last week, roomate aku tetiba meroyan nak tengok wayang. and I was like " Nice gak lah kalau tengok wayang time time koyak ni" because I am really stuck with a lot of numerical form in statistic that I learn in this short semestar. So, we decide to have a last minute plan to watching movie and berjimba. 

Honestly I have no idea what movie have been release recently because I already left my habit to go to cinema frequently since I am in 20 years old hahahahaha tua sangat ke aku sampai tak nak bergaul ni . Then one of my friend suggest to watch Bad Genius because it is trending in twitter and many people give 9/10 rating on that movie. 

Again honestly aku tak tahu sejenis apakah movie ini sebab aku selalu layan action movie je kalau dekat wayang ni. because of the sound effect yang memang gempak bakhanggggg. Bila kawan aku kata tengok Bad genius ni, aku aspek macam satu movie seorang lelaki pembunuh yang bijak menghapuskan bukti hahahahahahaha lain gila wey dari jalan cerita sebenar, Aku terasa seperti over thinking sangat. 

Since cerita ni just ada dekat KL je for the first week, dan memandangkan rakan rakan aku ini sejenis gelojoh tak gheti sabar, maka berjemaah lah kami naik KTM terus ke The Mines sebab tu je option shopping mall yang dekat dengan KTM yang ada. 

The show is on 1.30 and we already there on 11.30. Kau rasa, apa aku nak buat dekat shopping mall tu dengan berbekalkan badget yang ada ada je ni selama 2 jam ? We decide to jalan jalan around the mines. Singgah main arcades lagi, tengok orang lalu lalang sana sini , makan ais krim and so on. 


After 2 hours of waiting, finally!!!!


BAD GENIUS TICKET! 
saja interframe jadi background hahaha
gambar tiket diambil selepas dah tengok wayang, dah makan . then baru teringat nak amek gambar. aku dah kata, kami gelojoh HAHAHAHAHA 


Cerita Bad Genius ni cerita thailand and ni second time aku layan movie thailand sebab before ni pernah tengok cerita hantu thailand tapi tak ingat tajuk. 

Overall , its about a student , LYN which is genius gila nak mati, 4 flat je every sem maybe tertelan buku masa kecik. She decide to help his friend, GRACE yang lembap tahap gaban dalam exam but unfortunately Grace tu pergi bagi tahu boyfriend dia , PAT and janji akan bayar . beribu jugak la dia bayar aku tak ingat jumlah dia. Maka selepas itu ramai ramai lah student yang sengal sengal keledek ni nak minta dia buat kerja yang sama dengan cara bagi jawapan masa exam with a payment terus bank in hokeyyyyyy

Ada sorang lagi ni nama dia BANK, genius jugak tapi orang susah and really innocent gila. Mula mula dia tak nak join kegiatan haram meniru ni tapi lastly dia terlibat jugak with payment . Money is everything nowadays.

Ada banyak benda yang best sebenarnya dalam jalan cerita ni tapi lemak la nak cerita semua sebab semua yang jadi dalam cerita ni pasal meniru je weyyy but the way how diaorang nak meniru tu yang suspen, unik, kelakar, seram semua ada. Macam kau yang nak masuk dewan exam tuh. 

Personally aku rate 7.5/10 lah cerita ni sebab keunikan dia dalam meniru tu membuat aku teruja dan tahap genius budak tu aku still tak boleh go lagi HAHAHAHA but still cannot get full mark sebab aku penggemar action movie 

After 2 hours and 30 minutes dalam wayang, perut dah berlawan bunyi , aku risau je perut ni bunyi sampai orang kerusi depan dengar , malu oi. nasib baik perut aku behave waktu tu 😂😂😂

Sekali lagi nak makan ni, kawan aku dah google something yang baru jugak lah bagi student seperti kami yang baru mahu mengenali erti kehidupan dunia luar ini. Kiteorang try korean food yang lately ni famous which is 




MYEONGDONG TOPOKKI OMGGGG!!! 
😱😱😱

This is halal okey, sebab ramai orang curious tentang makanan ini. Tanpa berfikir panjang, kiteorang terus amek seat and one by one pergi order dekat counter sebab kalau nak makan, kena order sendiri pergi counter,self service okey. 



ini makanan secara pukal namanya, sebab dah kebulur . lagi lagi aku sejenis yang kesian dekat makanan terbiar lama lama. so, aku decide makan dulu tanpa berfikir panjang. Semua makanan dia nice and sesuai dek tekak orang malaysia if yang jenis bantai je semua hahaha sebab ada certain makanan yang a bit masam . nampak merah merah macam pedas kan? Sumpah tak pedas pun wey, aku rasa nak buat sambal ketok tambah dekat nasi tu sebab tak pedas pun. just hangat mulut je hahahaha 


Ini Topokki, sejenis rice cake yang sangat famous dekat Myeongdong street (sumber google) benda ni nice jugak la sebab ada rasa chewy chewy tapi kalau makan banyak banyak sangat nanti kau muak. Tapi korang still kena rasa sebab dah pegi kedai Topokki takkan tak nak try ni kan. 

Harga for each dish kalau ambil yang set around rm20++ . kalau tak amek set around RM 14++ for one bowl . kalau nak add on nasi or cheese, RM1 sahaja uolss

Untuk air pulak, seperti yang kalian nampak ade cawan dekat gambar atas tu. Air tu adalah air macam greentea kot. tak berkenan dek tekak aku, payau je rasa and aku still tak sure nama air tu apa.

So, bagi yang minat try other country punya makanan, boleh lah try if berminat. Kedai Myenongdong Topokki ni ade beberapa buah kedai je dekat Malaysia ni.

Myeongdong Topokki Sunway Pyramid
Myeongdong Topokki One Utama , Petaling Jaya
Myeongdong Topokki Paradigm Mall , Kelana Jaya
Myeongdong Topokki Sunway Putra Mall
Myeongdong Topokki Pearl Shopping Gallery
Myeongdong Topokki The Mines
Myeongdong Topokki Setia City Mall


So, thats all from me. Wait for my next food entry ngehehehehehe

Ma'assalamah Assalammualaikum 😎



Team Jemah MS hahahaha

No comments:

Post a Comment