Wednesday 6 September 2017


Masa aku join intersesi bulan lepas, sempat lah aku and the roomates ni berjalan sakan mencari beberapa jenis makanan famous yang telah diwar warkan di twitter . Aku suka try makanan baru and try new experince. I wish to be a food traveler huhhuhuh 😎

So , we decide to go to Melaka. After habis je kelas, jumaat tu terus gerak ke Melaka. Lenjan je lah aoa yang ada. These is us, love to do last minutes. Plan bagai nak rak awal awal tapi lastly kat situ je tak gerak ke mana mana tak guna jugak kan, so kiteorang tibai je waktu yang ada. tergerak hati nak pergi, terus kiteorang pergi sehelai sepinggang. 

First thing bila sampai Melaka , kiteorang ke Batu Barendam. Cari Coconut Shake Batu Berendam and Manggo Float Batu Berendam 

 Coconut Shake 
Aku prefer korang beli Coconut Shake batu berendam sebab ni lagi sedap dari Klebang. Tapi ni pendapat aku lah sebab aku memang penggemar air kelapa. so, I know the flavor really well then berasa segala serdak kelapa dia. perghhh memang terbaikkk
Harga secawan macam ni RM3.50


Manggo Float
Aku seriously penggemar mangga so this is realllyyyyyy amaaazziingggg hengkooo 
Ada aiskrim, ada jus mangga, ada buah mangga then ada blend just mangga with ais macam ais blended tu in one big cup besar tinggi gini. bagi aku cawan dia besar sebab memang penuh air dia, jenuh juga lah aku nak habiskan. make sure time kau beli tu memang kau tengah dahaga tahap unta padang pasir k 
Rm5.00 each cup. sangat berbaloi untuk ekonomi sekarang 

Lepas dah redah jam Melaka yang sangat menguji kesabaran sampai kau rasa tunggu traffic light dia boleh sempat pergi drive thru McD k. Aku pun sempat gaduh dengan member aku sebab nak try makanan apa dekat Melaka ni.

 Then, daripada twitter, we got this


Ahmad lim Black Pancake
not too famous actually tapi saje nak try makan apam lempeng ni hahaha 
Selalu makan lempeng tepun cicah sambal kan, ni kasi lain sikit. 


ni flavor Nutella RM30 
boleh share ramai ramai sebesar kotak pizza yang size regular tu. Then kalau makan banyak banyak a bit muak actually. bagi aku lah. tak tahu la orang lain. Ni sesuai untuk jadikan as pencuci mulut or minum petang je. makan untuk kenyang baik tak payah hahahaha 


haaaa ni aku bagi dekat sikit . 

Lepas dah makan ni, kiteorang jalan jalan lah dekat  A'Famosa and Jonker walk. Seriously ramai tourist waktu ni . lagipun melaka kan, bila je tak ramai orang 😂

Welcome to Melaka ngehehehe 
ada lah jumpa orang korea, omputih, vietnam, china dan bebas bangla waktu ni hahahaha 

Area ni memang disarankan untuk jalan kaki je. sesak dengan orang and kereta. jalan pun sempit. so, simpan je kereta and jom buang segala lemak 

Then, kiteorang masuk jonker walk. (gambar sumber google k)
Aku tak dapat amek gambar kat pintu gerbang sebab aku masuk dari pintu lain 😂 

Dalam Jonker walk ni seriously ramai chinese sebab ni kira macam pasar cina. Area sini jugak famous dengan wallpaper dinding rumah kedai yang lawa lawa tapi aku sampai dah petang sangat, diaorang dah mula bukak kedai dekat lorong ni so tak sempat amek gambar. 


ni gambar gambar dekat bukan lorong utama 
dapatlah tangkap gambar sikit sikit 

ni je yang ada. jadilahhh 


comel weyy hahaha 

sangat digalakkan jalan kaki , lorong dia sangat kecik k 

Actually masuk dalam ni bukan saja saja okeyyy, aku ada mission yang perlu diselesaikan hahaha 
Aku merentasi lautan manusia yang sangat ramai dalam laluan utama jonker walk ni dalam 20 minit jugak lah 

And finallyyyyy aku sampai 

Aku cari ini!!!! hahaha 
Ice cream puff hokkaido yeyyy! 
Yang warna hijau tu aku punya. Aku sangat gelojoh tak boleh sabar sampai senget benget aiskrim tu aku dah makan, baru aku amek gambar 😋😋😋

Ada macam macam flavor, aku amek flavor mint chocolate chip sebab aku suka rasa ubat gigi hahaha bernafas segar hengkooo 

bagi view la sikit even aiskrim aku dan kena bedal. 

Rasa dia biasa je , rasa aiskrim hahaha yang apit kiri kanan tu biskut a bit keras and aku tak suka biskut tu. aku habiskan sebelah je, yang lagi satu tak habis. aiskrim wajib habiskan 
satu aiskrim puff ni RM3.50

then nak balik lalu lorong lain pulak. ntah rumah sesapa ntah kiteorang lalu 

Ada surau dalam ni. dont worry and sangat selesa

Dah malam pun still lawa 

After dah solat, jalan sampai ke tempat kereta kiteorang decide to next location for dinner. Kereta boleh park dekat area kawasan parking taming sari tu . InsyaAllah selamat 

Malam kiteorang makan berat sikit sebab dari tengahari ke petang makan yang ringan ringan je then berjalan jauh , mungkin hanya tinggal saki baki lemak sahaja dalam badan ini 

Asam Pedas Claypot Kota Laksamana


Asam pedas with a plate of rice total RM 11-RM15 base on ikan apa yang kau amek
Masa ni aku pilih ikan pari . dia potong besar and bagi dua ketul ikan satu mangkuk. Sangat sedap , berasa segala rempah and kuah pekat bakhanggg 

Boleh recomend lah dekat family members korang yang suka kan asam pedas , nak makan panas panas macam ni. Start berniaga dari pukul 6ptg - 4 pg. Boleh sahur terus 😂

Kali ni makan memang kenyang lah sebab nak balik kolej dah . Make sure perut kena isi penuh supaya tak menyesal datang jauh jauh , balik still lapar hahaha 

That's all from me. 

Ma'assalamah Assalammualaikum ❤