Showing posts with label Food is Passion. Show all posts
Showing posts with label Food is Passion. Show all posts

Wednesday, 6 September 2017


Masa aku join intersesi bulan lepas, sempat lah aku and the roomates ni berjalan sakan mencari beberapa jenis makanan famous yang telah diwar warkan di twitter . Aku suka try makanan baru and try new experince. I wish to be a food traveler huhhuhuh 😎

So , we decide to go to Melaka. After habis je kelas, jumaat tu terus gerak ke Melaka. Lenjan je lah aoa yang ada. These is us, love to do last minutes. Plan bagai nak rak awal awal tapi lastly kat situ je tak gerak ke mana mana tak guna jugak kan, so kiteorang tibai je waktu yang ada. tergerak hati nak pergi, terus kiteorang pergi sehelai sepinggang. 

First thing bila sampai Melaka , kiteorang ke Batu Barendam. Cari Coconut Shake Batu Berendam and Manggo Float Batu Berendam 

 Coconut Shake 
Aku prefer korang beli Coconut Shake batu berendam sebab ni lagi sedap dari Klebang. Tapi ni pendapat aku lah sebab aku memang penggemar air kelapa. so, I know the flavor really well then berasa segala serdak kelapa dia. perghhh memang terbaikkk
Harga secawan macam ni RM3.50


Manggo Float
Aku seriously penggemar mangga so this is realllyyyyyy amaaazziingggg hengkooo 
Ada aiskrim, ada jus mangga, ada buah mangga then ada blend just mangga with ais macam ais blended tu in one big cup besar tinggi gini. bagi aku cawan dia besar sebab memang penuh air dia, jenuh juga lah aku nak habiskan. make sure time kau beli tu memang kau tengah dahaga tahap unta padang pasir k 
Rm5.00 each cup. sangat berbaloi untuk ekonomi sekarang 

Lepas dah redah jam Melaka yang sangat menguji kesabaran sampai kau rasa tunggu traffic light dia boleh sempat pergi drive thru McD k. Aku pun sempat gaduh dengan member aku sebab nak try makanan apa dekat Melaka ni.

 Then, daripada twitter, we got this


Ahmad lim Black Pancake
not too famous actually tapi saje nak try makan apam lempeng ni hahaha 
Selalu makan lempeng tepun cicah sambal kan, ni kasi lain sikit. 


ni flavor Nutella RM30 
boleh share ramai ramai sebesar kotak pizza yang size regular tu. Then kalau makan banyak banyak a bit muak actually. bagi aku lah. tak tahu la orang lain. Ni sesuai untuk jadikan as pencuci mulut or minum petang je. makan untuk kenyang baik tak payah hahahaha 


haaaa ni aku bagi dekat sikit . 

Lepas dah makan ni, kiteorang jalan jalan lah dekat  A'Famosa and Jonker walk. Seriously ramai tourist waktu ni . lagipun melaka kan, bila je tak ramai orang 😂

Welcome to Melaka ngehehehe 
ada lah jumpa orang korea, omputih, vietnam, china dan bebas bangla waktu ni hahahaha 

Area ni memang disarankan untuk jalan kaki je. sesak dengan orang and kereta. jalan pun sempit. so, simpan je kereta and jom buang segala lemak 

Then, kiteorang masuk jonker walk. (gambar sumber google k)
Aku tak dapat amek gambar kat pintu gerbang sebab aku masuk dari pintu lain 😂 

Dalam Jonker walk ni seriously ramai chinese sebab ni kira macam pasar cina. Area sini jugak famous dengan wallpaper dinding rumah kedai yang lawa lawa tapi aku sampai dah petang sangat, diaorang dah mula bukak kedai dekat lorong ni so tak sempat amek gambar. 


ni gambar gambar dekat bukan lorong utama 
dapatlah tangkap gambar sikit sikit 

ni je yang ada. jadilahhh 


comel weyy hahaha 

sangat digalakkan jalan kaki , lorong dia sangat kecik k 

Actually masuk dalam ni bukan saja saja okeyyy, aku ada mission yang perlu diselesaikan hahaha 
Aku merentasi lautan manusia yang sangat ramai dalam laluan utama jonker walk ni dalam 20 minit jugak lah 

And finallyyyyy aku sampai 

Aku cari ini!!!! hahaha 
Ice cream puff hokkaido yeyyy! 
Yang warna hijau tu aku punya. Aku sangat gelojoh tak boleh sabar sampai senget benget aiskrim tu aku dah makan, baru aku amek gambar 😋😋😋

Ada macam macam flavor, aku amek flavor mint chocolate chip sebab aku suka rasa ubat gigi hahaha bernafas segar hengkooo 

bagi view la sikit even aiskrim aku dan kena bedal. 

Rasa dia biasa je , rasa aiskrim hahaha yang apit kiri kanan tu biskut a bit keras and aku tak suka biskut tu. aku habiskan sebelah je, yang lagi satu tak habis. aiskrim wajib habiskan 
satu aiskrim puff ni RM3.50

then nak balik lalu lorong lain pulak. ntah rumah sesapa ntah kiteorang lalu 

Ada surau dalam ni. dont worry and sangat selesa

Dah malam pun still lawa 

After dah solat, jalan sampai ke tempat kereta kiteorang decide to next location for dinner. Kereta boleh park dekat area kawasan parking taming sari tu . InsyaAllah selamat 

Malam kiteorang makan berat sikit sebab dari tengahari ke petang makan yang ringan ringan je then berjalan jauh , mungkin hanya tinggal saki baki lemak sahaja dalam badan ini 

Asam Pedas Claypot Kota Laksamana


Asam pedas with a plate of rice total RM 11-RM15 base on ikan apa yang kau amek
Masa ni aku pilih ikan pari . dia potong besar and bagi dua ketul ikan satu mangkuk. Sangat sedap , berasa segala rempah and kuah pekat bakhanggg 

Boleh recomend lah dekat family members korang yang suka kan asam pedas , nak makan panas panas macam ni. Start berniaga dari pukul 6ptg - 4 pg. Boleh sahur terus 😂

Kali ni makan memang kenyang lah sebab nak balik kolej dah . Make sure perut kena isi penuh supaya tak menyesal datang jauh jauh , balik still lapar hahaha 

That's all from me. 

Ma'assalamah Assalammualaikum ❤

Saturday, 19 August 2017

Nasi Lemak Senawang

Hari rabu lepas, aku dan roomate decide makan dekat satu tempat ni area senawang memandangkan tempat belajar dekat Seremban je. So, try je lah alang alang dah dekat je. Ni pun plan last minit sebab tetiba lapa gila and nak try makanan baru sebab dah bosan makan dekat medan selera kampus kiteorang.

Dengan berbekalkan sumber google, waze dan twitter, We are at NASI LEMAK SENAWANG



kedai dia sangat nice and cozy . with many frame lama lama yang mengimbau kenangan zaman main dam haji dulu hahahaha 

this place really famous with nasi lemak 

all ni just RM1.00 only okeyyy

tapi ade side dish la , contoh ayam rempah, ayam sambal, paru, daging rendang and etc 

Another thing yang really make me fall in love is 

Teh ais leleh memang KEBABOOOMM!!! henggkooooo 

Harga air ni RM 3.50 satu cawan. cawan dia tinggi , so memang puas la minum. 

sangat pekat manis and really make my day hahaha 

ada lagi satu flavor greentea tapi kiteorang bukan penggemar greentea . so, to those yang minat greentea boleh la order bagi merasai kenikmatan sebenar duniawi ini HAHAHAHAHA 


Ini makanan kami berlima. Condition nasi semua double sebab semua memang kubulur habis hahahaha thats why nasi tu macam ada dua cup sebab memang minta double. every nasi yang korang minta akan tambah seriggit sahaja jadi tanpa teragak agak kami membuat pilihan penambahan seringgit tersebut 😂😂😂

macam yang kiteorang order ni satu set (nasi double, sambal, kacang,timun, ayam/daging/paru) hanya berhara RM8.00 sahaja

Bagi aku, very affordable sebab kau memang akan kenyang plus mengah yang amat ditambah air teh tadi perghhhh memang ummphhh . sesiapa yang tak boleh campur susu and lemak not recomended. better try air yang bergula sahaja. 

Thats all for my second food review. Another entry about food will be publish . InsyaAllah.

Ma'assalamah. Assalammualaikum 😎

Friday, 18 August 2017

Bad Genius and Myeongdong Toppokki

Last week, roomate aku tetiba meroyan nak tengok wayang. and I was like " Nice gak lah kalau tengok wayang time time koyak ni" because I am really stuck with a lot of numerical form in statistic that I learn in this short semestar. So, we decide to have a last minute plan to watching movie and berjimba. 

Honestly I have no idea what movie have been release recently because I already left my habit to go to cinema frequently since I am in 20 years old hahahahaha tua sangat ke aku sampai tak nak bergaul ni . Then one of my friend suggest to watch Bad Genius because it is trending in twitter and many people give 9/10 rating on that movie. 

Again honestly aku tak tahu sejenis apakah movie ini sebab aku selalu layan action movie je kalau dekat wayang ni. because of the sound effect yang memang gempak bakhanggggg. Bila kawan aku kata tengok Bad genius ni, aku aspek macam satu movie seorang lelaki pembunuh yang bijak menghapuskan bukti hahahahahahaha lain gila wey dari jalan cerita sebenar, Aku terasa seperti over thinking sangat. 

Since cerita ni just ada dekat KL je for the first week, dan memandangkan rakan rakan aku ini sejenis gelojoh tak gheti sabar, maka berjemaah lah kami naik KTM terus ke The Mines sebab tu je option shopping mall yang dekat dengan KTM yang ada. 

The show is on 1.30 and we already there on 11.30. Kau rasa, apa aku nak buat dekat shopping mall tu dengan berbekalkan badget yang ada ada je ni selama 2 jam ? We decide to jalan jalan around the mines. Singgah main arcades lagi, tengok orang lalu lalang sana sini , makan ais krim and so on. 


After 2 hours of waiting, finally!!!!


BAD GENIUS TICKET! 
saja interframe jadi background hahaha
gambar tiket diambil selepas dah tengok wayang, dah makan . then baru teringat nak amek gambar. aku dah kata, kami gelojoh HAHAHAHAHA 


Cerita Bad Genius ni cerita thailand and ni second time aku layan movie thailand sebab before ni pernah tengok cerita hantu thailand tapi tak ingat tajuk. 

Overall , its about a student , LYN which is genius gila nak mati, 4 flat je every sem maybe tertelan buku masa kecik. She decide to help his friend, GRACE yang lembap tahap gaban dalam exam but unfortunately Grace tu pergi bagi tahu boyfriend dia , PAT and janji akan bayar . beribu jugak la dia bayar aku tak ingat jumlah dia. Maka selepas itu ramai ramai lah student yang sengal sengal keledek ni nak minta dia buat kerja yang sama dengan cara bagi jawapan masa exam with a payment terus bank in hokeyyyyyy

Ada sorang lagi ni nama dia BANK, genius jugak tapi orang susah and really innocent gila. Mula mula dia tak nak join kegiatan haram meniru ni tapi lastly dia terlibat jugak with payment . Money is everything nowadays.

Ada banyak benda yang best sebenarnya dalam jalan cerita ni tapi lemak la nak cerita semua sebab semua yang jadi dalam cerita ni pasal meniru je weyyy but the way how diaorang nak meniru tu yang suspen, unik, kelakar, seram semua ada. Macam kau yang nak masuk dewan exam tuh. 

Personally aku rate 7.5/10 lah cerita ni sebab keunikan dia dalam meniru tu membuat aku teruja dan tahap genius budak tu aku still tak boleh go lagi HAHAHAHA but still cannot get full mark sebab aku penggemar action movie 

After 2 hours and 30 minutes dalam wayang, perut dah berlawan bunyi , aku risau je perut ni bunyi sampai orang kerusi depan dengar , malu oi. nasib baik perut aku behave waktu tu 😂😂😂

Sekali lagi nak makan ni, kawan aku dah google something yang baru jugak lah bagi student seperti kami yang baru mahu mengenali erti kehidupan dunia luar ini. Kiteorang try korean food yang lately ni famous which is 




MYEONGDONG TOPOKKI OMGGGG!!! 
😱😱😱

This is halal okey, sebab ramai orang curious tentang makanan ini. Tanpa berfikir panjang, kiteorang terus amek seat and one by one pergi order dekat counter sebab kalau nak makan, kena order sendiri pergi counter,self service okey. 



ini makanan secara pukal namanya, sebab dah kebulur . lagi lagi aku sejenis yang kesian dekat makanan terbiar lama lama. so, aku decide makan dulu tanpa berfikir panjang. Semua makanan dia nice and sesuai dek tekak orang malaysia if yang jenis bantai je semua hahaha sebab ada certain makanan yang a bit masam . nampak merah merah macam pedas kan? Sumpah tak pedas pun wey, aku rasa nak buat sambal ketok tambah dekat nasi tu sebab tak pedas pun. just hangat mulut je hahahaha 


Ini Topokki, sejenis rice cake yang sangat famous dekat Myeongdong street (sumber google) benda ni nice jugak la sebab ada rasa chewy chewy tapi kalau makan banyak banyak sangat nanti kau muak. Tapi korang still kena rasa sebab dah pegi kedai Topokki takkan tak nak try ni kan. 

Harga for each dish kalau ambil yang set around rm20++ . kalau tak amek set around RM 14++ for one bowl . kalau nak add on nasi or cheese, RM1 sahaja uolss

Untuk air pulak, seperti yang kalian nampak ade cawan dekat gambar atas tu. Air tu adalah air macam greentea kot. tak berkenan dek tekak aku, payau je rasa and aku still tak sure nama air tu apa.

So, bagi yang minat try other country punya makanan, boleh lah try if berminat. Kedai Myenongdong Topokki ni ade beberapa buah kedai je dekat Malaysia ni.

Myeongdong Topokki Sunway Pyramid
Myeongdong Topokki One Utama , Petaling Jaya
Myeongdong Topokki Paradigm Mall , Kelana Jaya
Myeongdong Topokki Sunway Putra Mall
Myeongdong Topokki Pearl Shopping Gallery
Myeongdong Topokki The Mines
Myeongdong Topokki Setia City Mall


So, thats all from me. Wait for my next food entry ngehehehehehe

Ma'assalamah Assalammualaikum 😎



Team Jemah MS hahahaha